Alicia Amin Tunjuk F**k Tak Dapat Arak Di KLIA?

Bekas peserta Asia’s Next Top of Model Musim (ANTM) ke-5, Alicia Amin sering dikaitkan dengan kontroversi panas. Alicia juga pernah ditahan di wad sakit jiwa kerana cubaan membunuh diri selepas tersingkir daripada program realiti tersebut. Namun, gadis kacukan Melayu-Jerman ini tidak pernah menghiraukan kecaman yang diterima.

Terbaru, kecoh di laman twitter apabila dia memuat naik satu kiriman yang menunjukkan dirinya berang selepas tidak dapat membeli arak di kawasan zon bebas cukai, KLIA.

Menurutnya, dia baru mengetahui bahawa orang Islam tidak dibenarkan membeli arak di lapangan terbang tersebut dan dia juga berpendapat bahawa negara Malaysia semakin mundur dan kolot.

So I just found out that lately Malaysian Muslims cannot buy alcohol at the duty free zone in KLIA. Good job guys, we have regressed“, luah model tinggi lampai ini.

Ini bukanlah kali pertama Alicia Amin mempersoalkan perkara sebegini.

Walaupun beragama Islam, dia tidak begitu menjaga sensitiviti masyarakat dengan memuatnaik gambar bog*lnya di laman instagram contohnya. Kedua-dua tangannya juga dicacah tatu walaupun ianya dilarang dalam Islam. Baginya, seni tidak boleh dihalang.

Diharap netizen berhentilah mengkritik beliau. Malahan perlu terus menasihati beliau. Apapun, kami mengharapkan yang terbaik untuk karier dan dirinya. 

Ditulis oleh: Nur Nasuha

Ad Ops