Alisa Aisyah Nama Anak Kedua Hairul Azreen, Tahniah!

Pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dikurniakan anak kedua tepat jam 5.59 petang tadi.

Hairul berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya kira-kira jam 7 petang tadi.

“Assalamualaikum, saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira.

“Isteri saya, Hanis, selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah binti Hairul Azreen petang tadi 5.59 pm.

“Dua-dua anak Daddy lahir hari Jumaat. Thank you Mommy @haniszalikha Thank you sayang, Thank you my bam bam,” tulis Hairul gembira.

Pasangan Hairul dan Hanis berkahwin pada 8 Jun 2015 dan dikurniakan anak lelaki, Yusuf Iskandar dilahirkan pada 3 Jun 2016.

Oleh: Endy Ashari.

SGMS Faida