Categories: Trending

Lelaki ini ditampar 52 kali oleh teman wanita gara-gara tidak dibelikan telefon pintar

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Apakah reaksi anda jika menyaksikan pergaduhan antara sepasang kekasih di jalanan?

Keluarkan telefon bimbit dan mula merakam atau membantu meleraikannya?

Inilah yang terjadi kepada pasangan di China ini yang dilihat berselisih faham hanya disebabkan oleh telefon pintar!

Dalam kejadian itu, lelaki terbabit ditampar sebanyak 52 kali sambil dimarahi oleh teman wanitanya yang berang kerana tidak diberikan hadiah yang diingini ketika sambutan Hari Kekasih.

Foto: World of Buzz

Foto: World of Buzz

Di China, tarikh 20 Mei dianggap sebagai Hari Kekasih dan banyak gambar yang dimuat naik di media sosial akan didedikasikan bersempena dengan tarikh ini.

Lebih mengejutkan, apabila polis ingin meleraikan pergaduhan berkenaan, lelaki tersebut masih mempertahankan tindakan teman wanitanya.

Dia menegaskan bahawa itu adalah satu-satunya cara untuk meredakan kemarahan kekasih hatinya.

Sumber mengatakan teman wanitanya menanggung kebanyakan perbelanjaan lelaki terbabit.

Mungkin sebab itulah pergaduhan itu berlaku?

Bagaimanapun, mereka berjanji untuk menyelesaikannya secara peribadi dan tidak akan mengulangi perbuatan seperti itu lagi.

Apa pendapat anda?

tex_admin