Amar Ahyan Anak Dato Aliff Syukri Jalani Pembedahan Mata

Amar Ahyan anak sulung pasangan Datin Nur Shahida Mohd Rashid dan Dato Aliff Syukri bakal menjalani pembedahan mata dimana mata Amar sebelum ini juling -juling air tetapi makin dewasa makin ketara julingnya. Tidak mahu nanti di ejek oleh rakan-rakannya bila dewasa, Datin Shahida nekad untuk membuat pembedahan . Walaupun belum lagi habis berpantang itu tidak menghalang beliau menjalani tugas seorang ibu dimana mengagahkan diri untuk menemani anaknya di KPJ Tawakal Specialist Hospital hari ini

“Alhamdulilah dengan kecanggihan teknologi perubatan zaman sekarang mata juling boleh dibetulkan” kata Datin Shahida

“Kadang-kadang rasa kesian dengan Amar Ahyan, sebagai anak sulung yang selalu mengalah dengan adik-adiknya, selalu kena marah dan mungkin juga berjauh hati , tetapi itulah kelebihan dan istimewanya menjadi anak sulung ” sambungnya lagi

Sempat lagi Amar bertanya pada mamanya doa untuk tidak sakit sebelum memasuki dewan pembedahan. Sempat berkongsi sepotong doa dari Surah Al Anbiya’:87

“Lailaha ila anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin”

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku) !

Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

 

Insyallah semuanya selamat dan urusan pembedahan ini dipermudahkan. Moga Amar Ahyan kembali pulih

Sumber: Shahidadherbs

SGMS Enal