Hiburan By: Maya Basir August 5, 2022 @ 7:42pm

Amir Masdi Dapat Restu Ella Nyanyikan Semula Sepi Sekuntum Mawar Merah

Lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah yang pernah dipopularkan oleh Ratu Rock, Ella antara deretan lagu yang kekal menjadi siulan anak muda hingga kini.

Lagu ciptaan Fauzi Marzuki dan lirik oleh Lukhman S dimuatkan dalam album solo ketiga Ella berjudul Identiti pada 1990 itu turut menjadi antara ‘playlist’ wajib dalam kalangan penyanyi lain termasuk bintang yang semakin meningkat naik, Amir Masdi.

Menurut Amir, 26, atau nama sebenar Amir Syazwan Masdi, lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah adalah lagu kegemarannya dan hingga dia membuat keputusan merakamkan lagu tersebut dalam versi baru dengan susunan muzik yang lebih segar oleh dirinya, Rudy Nastia dan Farez Asmadi.

“Dari segi video muzik, kami buat dalam masa tiga hari selepas perancangan pada saat akhir. Idea datang daripada saya dan juga pengarah. Proses rakaman semasa dalam studio ambil masa dalam tiga ke empat jam dan susunan muzik dibuat oleh saya, Rudy dan Faris,” katanya.

Amir yang pernah menjadi finalis ‘Anugerah Juara Lagu ke-35’ menerusi lagu Kau Sakiti teruja apabila turut mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada Ella selaku penyanyi asal.

“Saya pun ada mesej kak Ella berkenaan lagu ini dan dia beritahu kalau ada rezeki nanti boleh menyanyi bersama-sama. Saya juga minta dia merestui untuk saya merakamkan semula lagu ini. Saya rasa Alhamdulillah dia terima dengan baik.

“Lega juga sebenarnya apabila penyanyi asal sendiri yang menerima pemberian nafas baruuntuk lagu ini. Malah, saya juga pernah membuat persembahan depan komposer lagu ini, Fauzi Marzuki dan dia pun memberikan komen yang positif.

Apabila komposer dan juga penyanyi asal memberikan maklumbalas baik, ia membuatkan saya lebih berani untuk merakamkan semula lagu ini,” katanya.

Dalam masa sama, Amir menyifatkan merakamkan semula lagu yang pernah popular dan hits pada era 1990-an adalah trend industri muzik tanahair ketika ini.

“Memang sekarang ini trend muzik kita adalah ‘cover’ semula lagu lama dan saya pun sedar perkara itu. Kita boleh tengok rentak industri kita sekarang ini lebih kepada mengimbau kembali lagu-lagu lama.

“Saya sebenarnya memilih lagu ini bukan kerana ikut trend seratus peratus, tetapi memang saya dah lama nak buat,” ujarnya.

Single ‘cover’ “Sepi Sekuntum Mawar Merah” versi Amir Masdi terbitan Nova Music dilancarkan secara rasmi pada 30 Julai lalu dan serentak itu ditayangkan video muzik rasmi di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’.

Menariknya, MV arahan Azuad Abdullah itu menampilkan warga Sekolah Seni Malaysia Johor dan sudah pun Top 30 trending di YouTube dengan lebih daripada 130,000 tontonan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Thu, 2 May 2019

3.6 Juta Saksikan Pengakhiran Kejahatan Hamadi Dan Penipuan Juita

Seperti sudah dapat dijangka, akan adakah Nur 3 selepas ini? Tunggu!

Trending Mon, 8 May 2023

SK magic Perkenal Mesin Pencuci Pinggan Mangkuk Baharu!

Aktiviti kunjung mengunjung sudah menjadi tradisi turun temurun apabila tiba musim perayaan terutamanya Aidilfitri. Pelbagai topik bakal menjadi bualan seperti isu semasa yang menggamit keceriaan seisi rumah bersama tetamu sambil ditemani pelbagai hidangan juadah raya […]

Events Thu, 21 Nov 2019

#xtraVlog: A Trip Up To Resorts World Genting For “Train To Busan” Horror House and The VOID’s “Avengers: Damage Control”

Watch us shot down zombies and screamed to the top of our lungs at Resorts World Genting #TheVOID #TrainToBusan

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Layarlah Kembali Momen Filem Pulang Anda Bersama Dayang Nurfaizah

Bagi sesiapa sahaja yang telah menyaksikan filem Pulang pastinya anda bukan sahaja dapat menghayati setiap pengorbanan dalam cerita ini, malah turut terbuai dengan kelunakan suara Dayang Nurfaizah menerusi lagu Layarlah Kembali bukan?