Anak Jackie Chan Merempat Bawah Jambatan?

Anak perempuan bintang popular Jackie Chan kini dilaporkan sedang merempat dan tiada arah tuju. Biar betul? Beberapa media massa di Hong Kong melaporkan anak bintang tersohor itu, Etta Ng sedang meminta bantuan perlindungan. Erk, apa dah jadi ni?

Menerusi Youtube, Etta Ng memaklumkan dirinya dan teman wanitanya sedang mencari tempat berlindung memandangkan pihak berkuasa di sana sedang mencari bahkan mahu memisahkan mereka berdua.

Terdahulu, gadis berusia 18 tahun ini menggemparkan dunia dengan pengakuan dirinya merupakan seorang lesbian, menerusi perkongsian foto berlatar belakangnya pelangi, simbol kepada LGBT.

 

Turut berada di dalam video tersebut, teman wanitanya, Andi Autumn, 30, Ng memberitahu “Kami telah kehilangan tempat tinggal selama sebulan kerana keluarga yang bersifat homophobic.

“Kami sangat terdesak, kami tidur di bawah jambatan dan banyak lagi tempat. Saya tidak faham apa yang sedang berlaku, kami pergi ke pejabat polis, hospital, tempat perlindungan komuniti LGBT tetapi mereka semua langsung tidak menghiraukan kami.

“Jadi itulah sebabnya kami membuat video itu kerana kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan buat masa sekarang. Apa yang saya tahu ialah cinta kami sangat kuat tetapi kami sangat terdesak, tiada siapa di antara keluarga, sahabat atau perkhidmatan kerajaan datang menghulurkan bantuan,” jelas Ng.

Ibu Ng, bekas pemenang Miss Asia Elaine Ng, dihubungi pihak media Hong Kong menjelaskan ‘pengumuman’ menerusi video itu sebagai tindakan salah!

“Saya rasa jika mereka tidak mempunyai wang, mereka perlu mencari pekerjaan. Mereka tidak boleh mengharapkan bantuan dan bergantung kepada kemasyhuran orang lain untuk mendapatkan wang,” terang Elaine

Terdahulu, bila Jackie Chan ditanya perihal seksualiti anak perempuan seorang lesbian, bintang seni mempertahankan diri hanya memberitahu “jika itu pilihan dia, saya ikutkan sahaja.”

 

SGMS Faida