Mengakui dirinya kini dibanjiri dengan pelbagai tawaran yang lumayan, penyanyi lagu Bayang ini menjelaskan bahawa beliau sama sekali tidak pernah mengambil kesempatan terhadap populariti yang diraih semata-mata untuk kepentingan peribadi.

“Alhamdulillah tawaran yang saya terima memang banyak dan pelbagai, bersyukur kerana itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah. Bagaimana pun, itu tidak bererti saya boleh ambil kesempatan tanpa berfikir dan menerima bulat-bulat apa ditawarkan kepada saya kerana saya perlu memikirkan baik buruk dan risiko di kemudian hari.” Katanya

Menurut Khai, beliau mengakui bahawa dia bukanlah bersikap tamak dan demand seperti yang dikatakan. Baginya, dia cuma tidak mahu bersikap tamak dan mengambil tindakan seperti menapis segala tawaran yang diberikan menerusi Syarikat Pengurusannya.

” Pihak pengurusan akan tapis terlebih dahulu setiap tawaran diberikan agar ia sesuai memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi peminat.” Tambahnya.

Khai yang ditemui pada Majlis Pelancaran novel beliau berjudul Luluh ini adalah kolaborasi bersama penulis Ezza Mysara. Dimana, idea dan inspirasi ini timbul hasil daripada lagu Luluh tersebut.

Salma Syahbuddin