Bergelar kepada anak usahawan terkenal, Kak Ton, Harris Annuar mengaku tidak mahu terus dikatakan menumpang populariti dan kekayaan ibu.

Finalis Hero Remaja 2017 ini juga berkongsi cerita hanya memandu kereta jenama perodua Myvi sehingga kini meskipun mampu untuk memandu kereta mewah.

“Pasti ramai yang ingat saya ‘propa’ dalam hal ini tetapi secara jujur, saya hanya pandu kereta Myvi yang ibu belikan sejak zaman belajar.

“Saya juga tidak meminta sesen pun daripada ibu sejak bekerja. Bukan apa, saya tidak selesa dikatakan menumpang populariti atau kekayaan ibu. Kalau boleh saya mahu dikenali sebagai Harris Anuar dan bukan popular sebab saya anak Kak Ton,” katanya kepada Xtra.

Tambah anak pemilik empayar Pravenus Beauty ini, dia berjaya membuktikan dirinya masih ‘hidup’ di dalam industri seni meskipun pernah berdepan dengan kritikan sebelum ini.

“Pernah juga saya dengar orang kata ‘ala, mamat ni lepas masuk Hero Remaja, lepastu mesti diam je’.

“Alhamdulillah saya masih di sini. Saya juga masih aktif berlakon dan dalam bidang modelling. Saya juga berhasrat untuk memenangi trofi dalam bidang lakonan jika diizinkanNya satu hari nanti,” akhiri Harris.

SGMS Faida