Anak Tunggal Nassier Wahab, Luah Rasa Rindu Di Twitter

Semalam negara digemparkan dengan berita perginya sebutir bintang yang telah mewarnai persada seni sejak dari zaman 80an lagi. Kematian Allahyarham Datuk Nassier Wahab kerana sakit kanser gusi mengejutkan orang ramai kerana dia merahsiakan penyakitnya itu.

Baca: Penyanyi 80an, Nassier Wahab Meninggal Dunia

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…Allahyarham pergi meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf (56) dan anak tunggalnya, Intan Najihah yang berusia 22 tahun. 

Menerusi laman Twitter Intan Najihah, meluahkan rasa rindu terhadap ayahnya dan dia akan melakukan apa saja supaya berpeluang untuk memeluk, berbual dan mendengar kata-kata semangat dan motivasi buat kali terakhir bersama arwah.

“Saya amat memerlukan ayah, sakit ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata,” tulisnya di Twitter. 

 


Walaupun merasa sedih dan ‘sakit’ dengan pemergian ayah yang tersayang, Intan Najihah redha kerana tahu kesakitan yang ditanggung ayahnya selama ini. 

 

Kredit Foto: Instagram @datonassierwahab & Twitter @intannajihah
Del14