Bakal Cecah Usia 74 Tahun, Apa Lagi Impian DJ Dave?

Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave mahu tampil dengan program bual bicara yang menampilkan artis ‘otai’ sebagai tetamu jemputan.

Selaras dengan misi dan agendanya untuk membela dan menjaga kebajikan artis, beliau telah menghantar kertas cadangan kepada pihak produksi RTM, baru-baru ini.

“Program talk show ini akan menampilkan rakan-rakan artis yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen. Sekurang-kurangnya bila orang nampak mereka di tv, siapa tahu ia memberi peluang kerja kepada mereka.

“Jika projek ini berjalan lancar, saya mahu jemput tiga artis lama dan seorang artis baru di setiap episod. Topik bukan hanya mengenai hiburan sahaja. Kita akan membicangkan isu semasa dan pelbagai jenis ilmu pengetahuan,” katanya kepada Xtra.

Dalam perkembangan lain, Dj Dave bakal keluarkan jenama produk kesihatan pada tahun depan.

“Ramai yang bertanya rahsia saya kekal sihat di usia 73 tahun. Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki dari Allah swt. Selain itu saya mahu berkongsi cara dan apa yang saya praktikkan untuk menjadi seperti yang anda lihat hari ini,” katanya yang bakal mengeluarkan lima jenis produk tanpa menyebut tarikh pengumuman.

Oleh: Fas

SGMS Faida