Hiburan By: Syafiqa Irdina February 14, 2020 @ 12:58pm

“Andai Kebencian Jadi Penentu” – Maaf Tak Indah Ganti Camelia

Ini berita baik buat semua penonton setia slot SAMARINDA TV3 kerana drama Maaf Tak Indah yang diadaptasi daripada novel karya Emy Roberto telah pun memulakan tayangan perdana sejak 12 Februari yang lepas.

Maaf Tak Indah terbitan Zamrie Golden Picture yang menggantikan drama Camelia menampilkan pasangan sama cantik sama padan Azar Azmi dan Azlee Khairi sebagai watak utama.

Drama bersiri arahan Zamri Zakaria ini akan bersiaran selama 18 episod pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam bagi menggantikan Drama Camelia. 

 

Maaf Tak Indah menceritakan Syazan lakonan Azar Azmi yang enggan menerima kehadiran anak dalam rumah tangganya. Bertentangan dengan pendirian suaminya iaitu Raimie lakonan Azlee Khairi yang begitu ingin mahukan zuriat. Oleh sebab itu, Syazan hampir kehilangan anak yang dikandung akibat tindakannya sendiri.

Ketika dia mula sedar, semuanya sudah terlewat. Kebahagiaan perkahwinan yang dikecapi musnah apabila Raimie mengangkat kaki membawa diri bersama anak mereka. Selepas 5 tahun berlalu, mereka dipertemukan semula sambil dibayangi memori silam.

Syazan menyimpan kerinduan yang mendalam untuk bertemu semula dengan anaknya di bawah jagaan Raimie walaupun ianya mustahil untuk dilakukan. Apatah lagi dia menyimpan rahsia yang akhirnya sampai ke pengetahuan Raimie.

 

 

Drama ini turut menampilkan Ruhainies sebagai Zila, Fizo Omar sebagai Jai, Zulkifli Ismail sebagai Rahim, Aida Khalida sebagai Sabariah, Mustapha Kamal sebagai Shariman, Didie Alias sebagai Safiah.

Nak tahu lebih lanjut tentang kisah cinta dan konflik yang berlaku, korang boleh saksikan siri Maaf Tak Indah di Youtube TV3 ataupun TontonEnjoy!

 

Sumber: Youtube TV3

 

Sumber: Youtube TV3

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Mar 2022
Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Featured Wed, 22 Mar 2023

Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Bakal ‘Menggila’ Di Konsert Jiwa Kacau!

Fuhhh cool gila! Jangan lupa dapatkan tiket Jumaat ini

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Dah Jadi Papa, Tahniah Hafiz Suip!

Tahniah buat Hafiz dan isteri. Hadiah tahun baru nampaknya

Hiburan Tue, 19 Feb 2019
Hiburan Tue, 21 Jan 2020

Naim Daniel Nafi #SembahNaim Pesongkan Akidah

Netizen pun…jangan lah cepat nak hukum orang.

Hiburan Mon, 22 Jul 2019

Atikah Suhaime Bakal Bergelar Datin?

Atikah Suhaime mengakui sedang mengenali hati budi seseorang.

familuv Sat, 24 Dec 2022

Selepas Tertusuk Kaca, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Tajul

Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca. @icaaeddie2Terima kasih semua yg mendoakan 🫶 alhamdulillah suami dah makin stabil,

| Live TV