Isu ‘Sailang’ Tak Jejas Penyertaan, Star Vendors Himpun 36 Artis Popular!

Ketua Pengarah Eksekutif Festival Star Vendor, Ifa Raziah teruja apabila festival raya yang juga merupakan projek sulungnya mendapat sambutan hebat.

Menurut Ifa, seramai 36 artis dan selebriti bakal menyertai Festival Star Vendors yang bakal di adakan selama tiga hari bermula 24 Mei depan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“ Alhamdullilah, setekat ini sudah 60 peratus ruang niaga ditempah dan dijangkakan lebih ramai lagi artis akan terlibat dalam festival membeli-belah yang julung kalinya diadakan ini,” katanya.

Menurut Ifa, antara barisan artis yang menyertai festival terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Datuk Fizz Fairuz, Anuar Zain, Ziana Zain, Datuk Aznil Hj Nawawi,, Fazli Zainal, Watie Elite, Ani Mayuni dan ramai lagi.

“ Inilah peluang pengunjung untuk berbelanja Raya sekali gus bertemu artis kesayangan masing-masing waima festival akan berlarutan selama 24 jam sehari, 72 jam untuk 3 hari,” tambah Ifa.

Sementara itu, Ifa turut menegaskan penganjuran festival pertamanya ini tiada kena mengena dengan ‘sailang’ projek penganjur lain.

“ Tarikh yang telah diberikan kepada saya pada tiga hari itu memang kosong dan tiada siapa pun yang tampil untuk menganjurkan sebarang aktiviti.

“ Apabila diberikan peluang saya terus membuat deposit sebanyak RM50,000 sebagai tanda penerimaaan tawaran yang diberikan oleh pengurusan PWTC.

“ Bagi saya ini satu modal yang besar, habis wang simpanan saya dilaburkan untuk merealisasikan festival ini,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 453 buah ruang niaga (booth) akan disediakan meliputi tiga aras pada harga paling rendah RM5,000 malah jika bayaran penuh dibuat, mereka bakal mendapat 10 peratus diskaun.

“ Setakat ini masih ada 40% ruang niaga yang kosong untuk dipenuhi dan berharap beberapa lagi golongan artis dan vendor akan menyertai,” tambah Ifa yang turut merancang membawa Star Vendor ke Johor, Sabah dan Sarawak.

Festival Star Vendor bakal berlangsung selama 72 jam tanpa henti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 24-26 Mei depan. Jangan ketinggalan untuk ke sana okay!

SGMS Fas