Doa Hari Jadi Ke 35, Zizan Serius Cari Bakal Isteri

Menyambut ulang tahun ke 35, pelakon Zizan Razak berdoa agar bertemu jodoh dengan wanita baik dan solehah.

Menerusi luahannya di Instagran, pelawak terkenal ini turut berharap agar urusan jodohnya dipermudahkan.

“ Sure mesti ada doa supaya dipermudahkan jodoh dan mendapat isteri yang baik dan solehah.” tulisnya.

Zizan yang pernah dikaitkan dengan beberapa nama selebriti wanita terkenal sebelum ini juga berdoa agar rezekinya lebih lancar.

“ Selamat hari jadi buat mu Mohd Razizan bin Abdul Razak. Semoga dirahmati Allah sentiasa dan selalu.

“ Semoga dimurahkan rezeki menjadi orang yang beriman dan disayangi mereka yang mengenali,” tulisnya dalam Instagram.

Dalam muat naik itu, Zizan juga mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya serta ahli keluarganya. 

Dalam masa sama, Zizan turut berterima kasih atas sokongan peminatnya yang tidak berbelah bahagi mereka kepadanya selama ini.

Happy Birthday Zizan!

SGMS Faida