Anzalna Nasir Bakal Jadi Ibu, Tahniah!

Alhamdulillah…Pelakon Anzalna Nasir mengumumkan dirinya kini hamil empat bulan. 

Mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu, pelakon berusia 31 tahun ini berkongsi berita gembira ini di laman Instagramnya, semalam.

“Saat yang saya nantikan… Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan bila masa sesuai untuk kita mendapatkannya.

“Pada hari istimewa ini, pada hari lahir saya, saya ingin berkongsi berita gembira, Hanif (suami) dan saya bakal menimang anak pertama,” katanya.

Sementara itu, Anzalna turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan dirinya.

“Syukur alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang selama ini mendoakan saya dan suami untuk menerima zuriat.

“Benar! Jodoh, rezeki, zuriat atau ajal maut adalah rahsia-Nya. Tidak perlu kita mempersoalkannya. Apa yang penting kita berusaha, berdoa dan bertawakal,” ujarnya.

Anzalna berkahwin dengan Muhamad Hanif Mohamad Zaki pada 22 Februari 2016 selepas lima tahun bercinta.

SGMS Faida