Categories: LIFESTYLE

Petua Kenalpasti Minyak Masak Kitar Semula

Menggunakan minyak masak kitar semula lebih daripada tiga kali dikhuatiri boleh bertukar menjadi racun akrolein yang boleh mengakibatkan kanser.

Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Profesor Dr. Fatimah Arshad berkata, kebiasaannya minyak kitar semula yang sudah bertukar kehitaman akibat proses oksidasi itu turut mengandungi karsinogen iaitu zat kimia yang menjadi punca kanser.

“Jika pengguna terdedah dalam tempoh jangka masa panjang dengan minyak masak yang sudah tercemar itu, risiko untuk mereka diserang penyakit kanser adalah amat tinggi,”‘ katanya.

Peniaga yang menjual makanan ‘deep fried’ sudah tentu tidak akan membuang minyak yang telah digunakan kerana ia akan meningkatkan kos operasi dan mengurangkan margin keuntungan. Kebanyakannya terutama peniaga pisang goreng akan menyimpan minyak yang telah digunakan, menapis kerak-kerak dan kemudian menggunakan semula untuk menggoreng makanan.

Perkara ini akan berterusan beberapa hari berikutnya sehingga ke satu tahap dimana minyak itu sudah bertukar menjadi hitam barulah mereka akan menggunakan minyak yang baru.

Petua Kenalpasti Minyak Masak Kitar Semula

Cara pertama. Letakkan minyak masak dalam peti sejuk selama 2 jam.Ini untuk memastikan ada atau tidak buih keputihan. Selain itu untuk memastikan minyak tu berbuih atau tidak. Sekiranya ada , minyak tersebut adalah minyak kitar semula. Bermaksud, minyak buangan.

Cara kedua. Masukkan bawang putih dalam minyak tersebut, jika bawang putih bertukar jadi merah, ia bermaksud minyak yang korang guna merupakan minyak kitar semula dan ia sangat bahaya. Bawang putih tidak akan berubah jadi warna merah sekiranya minyak yang kita guna berkualiti baik.

Tak salah mencuba bukan untuk kesihatan yang lebih baik.

SGMS Enal