Categories: HiburanSelebriti

Anzalna Nasir Dihadiahkan Kereta Mewah RM600,000

Untungnya Anzalna Nasir apabila suaminya, Hanif Zaki menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Maserati Ghibli yang berharga lebih RM600,000 bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3.

Hanif memuat naik foto kejutan di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen romantis untuk isteri kesayangannya itu. Foto tersebut menarik perhatian ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan itu dan semoga terus dimurahkan rezeki.

Anzalna turut meninggalkan komen di foto tersebut dengan mengatakan itu adalah kereta idamannya dan dia bersama lelaki idamannya.

SGMS Enal