Categories: familuvFeatured

Rumah tangga lebih harmoni dengan empat jenis seks ini. Nombor empat lebih seronok dan puas!

Seks atau hubungan intim bukanlah segala-galanya dalam kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, tidak dinafikan seks mampu merapatkan hubungan antara suami isteri sekali gus membentuk keharmonian dan kebahagiaan dalam institusi rumah tangga.

Ketahui empat jenis seks ini bagi menyemarakkan lagi hubungan anda suami isteri.

Foto: Freepik

1. Seks terancang

Siapa kata seks yang telah dirancang membosankan? Menurut penulis dan pakar kaunseling rumah tangga, Kevin A. Thompson, beliau mendedahkan sepanjang menjalani sesi kaunseling dengan pasangan suami isteri, seks yang terancang dikatakan tidak memberi sebarang kesan negatif langsung.

Justeru, seks jenis ini tidaklah seteruk yang disangka. Seks jenis ini juga sesuai untuk pasangan suami isteri yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk bersama. Merancang seks menunjukkan anda mengambil berat tentang pasangan.

2. Seks spontan

Bagaimanapun, tidak dinafikan jika sering melakukan seks secara terancang sahaja, pasti hubungan suami isteri akan membosankan. Menurut Kevin lagi, seks jenis ini sangat penting untuk pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin.

Seks secara spontan yang tidak dirancang mampu menyemarakkan lagi rumah tangga. Jadi, cuba banyakkan hubungan seks suami isteri jenis spontan ini untuk keluar dari rutin yang membosankan.

3. Seks ketika pergi bercuti

Foto: Verdict.co.uk

Seks jenis ini pasti menyeronokkan kerana ia berlaku dalam keadaan yang lebih tenang. Manakan tidak, suami isteri yang pergi bercuti terutama sekali bagi menyambut ulang tahun perkahwinan pasti berada dalam momen bahagia.

Malah, seks yang tenang dan bahagia mampu memberikan kesan positif dalam mengeratkan lagi hubungan sesama suami isteri.

4. Seks selepas bergaduh

Foto: Sachin Mittal

Dalam ilmu seksologi ada menyebut, pasangan suami isteri cenderung melakukan hubungan seks sebaik sahaja mereka berdamai selepas bergaduh. Hal ini kerana apabila sudah sampai tahap sedia untuk bertolak ansur, mereka akan lebih bersikap terbuka.

Ini disusuli dengan sentuhan yang disulami perasaan bersalah dan meminta maaf di mana lama-kelamaan membuahkan rasa ghairah dan dilepaskan ketika melakukan hubungan intim. Seks jenis ini dikatakan lebih seronok dan puas kerana ia akan memberi pengalaman yang luar biasa. Tak percaya, cubalah! 

Sumber: theAsianparent Malaysia dan Buku Aduhai Suami

Ad Ops