Noraniza Idris Teruja Pertama Kali Buat Konsert Besar

Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris bakal mengadakan konsert jelajah Malai Solo Tour bermula April 2019 hingga April 2020.

Menurut penyanyi berusia 51 tahun ini, sudah lama dia mengidamkan sebuah konsert berskala besar.

“ Sepanjang 30 tahun karier saya, inilah pertama kali saya mengadakan konsert besar. Saya perlu ada kekuatan luar biasa untuk konsert kali ini.

” Umum tahu bila saya membuat persembahan saya tidak boleh buat biasa-biasa. Banyak persiapan diperlukan sepanjang konsert berlangsung,” katanya ketika sidang media Siri Jelajah Malai Solo di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur.

Konsert siri jelajah Malai Solo Tour yang akan bermula dengan Sawo Matang Noraniza Idris Special Showcase (MATIC, Kuala Lumpur pada 12 hingga 14 April 2019), Iktiraf Noraniza Idris In Concert Singapore (9 November 2019) dan diakhir Malai Solo Noraniza Idris In Concert (2 hingga 4 April 2020).

Selain itu, antara program lain yang diselitkan dalam kalendar acara itu ialah Flestar Aidilfiti (Mei), Flestar Merdeka (Ogos), Jejak Budaya Noraniza Idris (Jun) dan Akar Kita Zapin 2019 (Oktober).

Tiket boleh dibeli dengan harga RM99, RM119, RM139, RM169 dan RM189 menerusi Harithmai Production di talian 019-3391445, 018-8714305 atau 01137700894 (Whatsapp).

SGMS Faida