Apa Kes Ni? Ifa Raziah Sanggup Bersumpah Sangkal Tuduhan Zarina Anjoulie

Awal tahun 2019 kita sekali lagi dikejutkan dengan kontroversi yang melanda pelakon, penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah yang kononnya menjalinkan hubungan bersama bekas kekasih sahabat baik kepada pelakon, Fathia Latiff, Zarina Anjoulie.

Bagaimana pun, Ifa Raziah menyangkal sama sekali dakwaan tersebut sambil bersumpah dengan nama Allah bahawa tuduhan yang dibuat oleh Zarina itu adalah tidak tepat. Malah, Ifa berkata beliau sendiri tidak pernah kenal dengan nama mahupun orang yang dimaksudkan oleh Zarina Anjoulie seperti yang dimuat naik menerusi video tersebut.

Ifa yang dilihat sedang bercuti bersama keluarga di kota London itu bagaimana pun, menayangkal dakwaan tersebut sehingga sanggup bersumpah kerana bagi penyanyi dan pengacara ini, kontroversi yang telah tersebar melibatkan dirinya sekaligus mendatangkan malu buat seluruh ahli keluarga.
Apapun, pihak Zarina Anjoulie masih belum mengeluarkan apa-apa kenyatan berhubung kenyataan yang diberikan oleh Ifa Raziah.
Haih, bawak-bawaklah bertaubat ye! Marilah kita mulakan tahun 2019 ini dengan satu mentaliti yang baik dan berhenti sebarkan fitnah tanpa usul periksa. Tak gituuu!
Salma Syahbuddin