Jennie BLACKPINK Sudah Ada Kekasih Hati?

Tahun 2019 nampaknya menyaksikan permulaan baik buat selebriti Korea. Jika HaHa mengumumkan bakal menerima anak ketiga, Jennie Blackpink juga ada sesuatu yang gembira untuk dikongsikan. 

Penyanyi wanita berusia 22 tahun yang menjadi kegilaan peminat dunia ini dilaporkan sedang hangat bercinta dengan anggota kumpulan EXO, Kai. 

Menurut laporan media tempatan Korea Selatan, Dispatch, pasangan ini dilihat menghabiskan masa bersama di Haneul Park, Seoul, baru-baru ini. 

Malah, pasangan ini dilaporkan berpegangan tangan ketika bersiar-siar di sekitar kawasan itu.

Sementara itu, wakil SM Entertainment memberi pengesahan yang mereka berdua menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Sudah tentu berita ini mengejutkan para peminat mereka di laman sosial sehingga mewujudkan tanda pagar Jennie dan Jongin yang trending di laman Twitter. 

 

SGMS Faida