Apa Salah Saya, Asyik Kena Kecam Jer – Boy Iman

Kontroversi demi kontroversi dihadapi oleh pelakon ini, tetapi dia tetap relax dan tidak gelabah! Katanya, “ Saya rasa dah macam Raja Viral. Semua yang saya lakukan akan menjadi perbualan banyak pihak. Serba salah jadinya,” kata Datuk Norul Iman A. Rahman atau dikenali Boy Iman berhubung isu pendidikannya di laman sosial.

Beliau juga enggan mengulas lanjut tentang kontroversi apabila baru-baru ini pihak Universiti Malaya menafikan status pendaftaran Boy Iman sebagai calon Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (secara penyelidikan).

Kata Boy Iman kepada sebuah portal tempatan, dia sendiri berasa hairan kerana sering menjadi sasaran netizen!

“Biarlah masa menentukan. Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak,” komennya ringkas.

Terdahulu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan UM, pihak universiti tersebut telah membuat semakan menafikan bahawa terdapat nama Boy Iman didaftarkan sebagai calon ijazah berkenaan.

“Pihak UM ingin menarik perhatian berhubung status pendaftaran calon Doktor Falsafah Noruliman A. Rahman dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (secara penyelidikan).

“Selepas semakan dibuat, tiada pendaftaran atas nama individu ini sebagai calon Doktor Falsafah di UM,” memetik kenyataan itu.

Terdahulu, pelakon ini pernah memuat naik foto memaparkan kad pelajar yang tercatat namanya dengan logo Universiti Malaya bersama tesis penyelidikan universiti itu di laman Instagramnya.

 

SGMS Faida