Siti Aafiyah Satukan Dato’ Siti Nurhaliza Dengan Bekas Isteri Dato’ K

Siti Aafiyah, begitulah nama yang diberikan kepada anak penyanyi terkenal tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza selepas penantian beliau hampir 11 tahun. Siti Aafiyah yang terkenal dengan gelaran ‘si comel pipi merah’ ini sekaligus memberikan nafas baru buat Dato’ Siti dan juga Dato Khalid. 

Sahabat selebriti dan saudara mara terdekat mengambil peluang untuk berkunjung dan menziarahi Dato’ Siti dan Siti Aafiyah termasuk bekas isteri Dato’ Sri Khalid sendiri iaitu, Tengku Zawyah Tengku Izham. Tengku Zawyah merupakan isteri pertama Dato’ K sebelum pasangan ini bercerai pada tahun 2004. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan 4 orang anak yang kesemua lelaki.

Tengku Zawyah dilihat sempat meluangkan masa bersama Dato’ Siti di kediaman beliau bersama ahli keluarga yang lain. Malahan, momen indah tersebut telah dikongsi sendiri oleh Dato’ Siti melalui akaun instagram beliau.

Dalam ruangan caption tersebut Dato’ Siti menyatakan beliau sangat berbesar hati menerima kunjungan bekas isteri Dato’ Khalid itu. Beliau juga mendoakan agar mereka sekeluarga sentiasa di berkati. 

Peminat Dato’ Siti juga turut gembira melihat keakraban pasangan ini.  Mereka berpendapat, hubungan tersebut kelihatan sangat  mesra dan kedua-duanya juga dilihat saling mendoakan yang terbaik antara satu sama lain.

Maka, jelaslah bahawa Siti Aafiyah sememangnya disayangi ramai dan menjadi penyambung hubungan silaturrahim antara keluarga. Semoga si comel pipi merah ini sentiasa  membesar dengan sihat dan gembira.

Ditulis oleh: Nur Nasuha

Ad Ops