Hiburan By: SGMS Faida May 23, 2018 @ 4:29am

Arron Aziz Masih Menunggu…

Walaupun sudah dua tahun menanti, filem Sayu Yang Syukur masih belum ditayangkan kepada umum.

Namun, pelakon dan juga pengarah, Arron Aziz memberitahu dia masih sabar menanti filem kedua arahan beliau itu.

” Segala-galanya sudah siap termasuk lagu latar. Penggambaran pula selesai sekitar Julai 2015. Apapun, tarikh tayangan adalah hak penerbit,” katanya beliau sudah melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan menyerahkan kepada syarikat produksi untuk menentukan urusan promosi dan edaran filem itu.

Tambah Arron, “Mungkin mereka masih mencari tarikh yang paling sesuai. Saya belum tahu mengenai status filem itu. Namun, kami pasti akan menguar-uarkan apabila ia sedia memasuki pawagam nanti.

“Sebagai orang yang diberikan amanah, saya bersyukur urusan penggambaran berjalan lancar, malah semua pelakon dan kru memberikan kerjasama yang baik,” katanya kepada BH Online.

Menerusi filem cinta tragik itu, Aaron yang menggalas watak utama sebagai lelaki kaya, Que Daim bergandingan dengan Nora Danish (Nurliana). Semoga segala urusan tayangan filem ini dipermudahkan sebab kami pun tak sabar nak tonton filem arahan Arron Aziz, Insha Allah…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Zulin Aziz Appalled with Unethical Product Sellers

Stop it once and for all, it’s so not cool!

Featured Wed, 28 Jul 2021

“Jangan Buang Masa”- Redza Minhat Mahu Golongan Antivaksin Dipulaukan

Setelah timbul pelbagai isu mengenai golongan antivaksin dalam kalangan selebriti tempatan sendiri, pelakon Redza Minhat mengambil pendekatan dan memberi nasihat agar orang ramai  memulau golongan ini. Menerusi laman Twitternya, Redza menulis bahawa gologan seperti ini […]

Featured Sun, 8 Aug 2021

Individu Lengkap Dua Dos Vaksin Boleh Rentas Daerah

Individu yang sudah menerima vaksin lengkap dan menetap di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah bermula Selasa ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata individu yang ingin […]

Featured Fri, 17 Mar 2023