Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 3, 2019 @ 5:11pm

Asmidar Putus Asa Sebagai Penyanyi?

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menaikkan namanya dalam industri seni namun segalanya seolah dipandang sepi. 

Penyanyi Asmidar mengakui pernah kecewa dalam mengejar impian sebagai anak seni sehingga terpaksa mencari haluan baharu yang menjamin masa depan lebih cerah.

“Saya tertanya-tanya juga, apa lagi yang peminat mahukan, sedangkan saya sudah berusaha memberikan yang terbaik. Namun, saya percaya, setiap apa yang Tuhan aturkan pasti ada hikmah di sebaliknya.

“Demi kelangsungan hidup, saya membuka kelas nyanyian, pada masa sama masih menerima tawaran persembahan dan menjayakan projek rakaman kecil. Cuma, apa yang saya lakukan itu tidak mendapat publisiti pihak media,” kata Juara program realiti, Vokal Bukan Sekadar Rupa 2011 ini. 

Pernah dikenali menerusi lagu Biar Sampai Ke Bintang, Asmidar berkata, dia bagaikan mendapat semangat baharu apabila percubaan merakamkan single duet, Simpan Sedikit Rindu bersama Joe Bazli menerima reaksi positif peminat.

Akui Asmidar, lagu ciptaan Sharon Paul dan lirik nukilan Ahmad Fedtry Yahya itu menyemarakkan kembali perjuangannya, malah menjadi batu loncatan untuk dia memulakan semula langkah sebagai penyanyi.

“Saya sangat terkejut apabila lagu ini mendapat perhatian ramai. Penerimaan mereka membuatkan saya berasa seperti diberi peluang kedua. Saya perlu melakukan sesuatu untuk tidak mensia-siakan peluang yang diberikan Tuhan ini.

“Saya menjadikan teman seperjuangan, Ernie Zakri sebagai sumber inspirasi. Kami pernah melalui pengalaman hampir sama, tetapi dia tidak pernah patah semangat.

“Hari ini, Ernie berada pada kedudukan yang cukup selesa. Saya anggap kemunculan Simpan Sedikit Rindu seperti kelahiran semula saya,” kata penyanyi berusia 33 tahun itu.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 15 Nov 2024

Tersenarai Dalam Malaysian Book Of Records, ‘Bekpes Hot Berjaya Tawan Puncak Kinabalu’

“Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu” sekaligus menerima Malaysian Book Of Records

Featured Wed, 17 Dec 2025
Featured Wed, 15 Mar 2023

“Masa Duduk Flat Adalah Momen Paling Bahagia Saya” – Nurul Shuhada

Ni lah orang kata, bila suami susah ada isteri yang sentiasa beri sokongan,tapi bila suami dah senang lupa segala-galanya😥 Paling tak boleh blah, ringan pula tangan hinggap kat pipi isteri😡

Featured Fri, 19 Aug 2022
Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Pertaruh Gandingan Zarif Ghazzi, Siti Hariesa… Ai Crush You Angkat Kisah Teknologi & Cinta Anak Muda

Ai Crush You akan menemui penonton mulai 5 Disember 2025, setiap Jumaat dan Sabtu jam 9.00 malam di TV3.

Featured Mon, 13 Feb 2023
error: Content is protected !!