Hiburan By: SGMS Faida January 17, 2020 @ 9:55am

Asyik Dikecem Netizen…Aliff Aziz Beri Peringatan?

Gara-gara video kontroversi yang tular baru-baru ini, penyanyi Aliff Aziz meluahkan rasa kecewa terhadap netizen.

Ini berikutan kata kecaman yang diterima di laman sosial media yang mengecam tindakan Aliff.

“Teruskan ketawa atas kesakitan saya. Ya, saya memang teruk. Saya yang buat masalah sendiri,” luahnya.

Aliff meluahkan rasa kecewa kerana tiada sesiapa yang tahu kesukaran dilalui selain menyifatkan ia tidak perlu dijelaskan kepada umum.

“Percayalah, cuba berada di tempat saya dan mungkin baru satu langkah anda sudah jatuh. Ya, saya sudah malukan orang tersayang. Tidak ada siapa tahu kesukaran saya. Tidak mengapa sebab tidak perlu jelaskan kepada sesiapa. Asal saja saya masih ada Allah. Tidak kira teruk macam mana orang fikir mengenai saya, saya tetap hamba-Nya,” katanya.

Penyanyi kelahiran Singapura ini berharap netizen tidak terus ketawa dengan situasi yang menimpa dirinya.

“Kelakar, macam mana orang boleh anggap diri sebagai Muslim seolah-olah percakapan mereka adalah hamba terbaik. Cermin diri dan lihat jika anda layak menjatuhkan hukum. Ia juga peringatan untuk diri sendiri. Rezeki semua daripada Allah. Jangan sedap hina nanti terkena batang hidung sendiri baru rasa padannya,” katanya.

Menerusi video yang tular itu, Aliff didapati membuka zip seluar seperti mahu menunjukkan kemaluan sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Bagaimanapun, tidak jelas isi kandungan percakapan Aliff selain aksinya yang kelihatan tidak terurus serta cubaan beberapa individu untuk menenangkannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Pamer Kemesraan Di SAG Awards, Aksi Brad Pitt dan Jennifer Aniston Jadi Perhatian

Hari yang penuh emosi dan bersejarah bagi bekas pasangan suami isteri, Brad Pitt dan Jennifer Aniston di Screen Actors Guild Awards (SAG Awards) 2020 pagi tadi apabila Brad Pitt diumumkan sebagai pemenang Outstanding Performance by

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Chef Wan Tempelak Netizen, Saran Contohi Menteri Termuda

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur atas sikap yang ditunjukkan Menteri muda ini berbanding kata-kata netizen yang busuk hati. Haih, netizen semua…sebelum menulis tu fikir dulu ya!

Featured Mon, 27 Feb 2023
Featured Wed, 16 Nov 2022

Tunaikan Permintaan, Siti Nurhaliza Buat 44 Kali Tendangan Sempena…

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan permintaan jurulatih peribadi yang menyambut ulang tahun kelahiran.   View this post on Instagram   A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) Menerusi hantaran yang dikongsikan Siti

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Aksi Intim Remy Ishak Dalam…?

Kalau selalunya hero kita ni beraksi dilayar perak dengan memegang watak pahlawan, hero dalam cerita cinta, atau seorang yang psiko. Namun, kali ini kita bawakan kepada peminat-peminat Remy Ishak adegan yang pastinya panas untuk tatapan korang semua.

Featured Wed, 28 Jul 2021

“Muak Dengan Family Kaya Rampas Kuasa, Ini Baru Realiti..”- Drama Ayahanda Raih Pujian Ramai

Drama Ayahanda yang kini memasuki episod kesembilan semakin hari semakin mencuri perhatian ramai penonton. Bukan sahaja dibarisi oleh nama-nama pelakon yang hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Noorkhiriah  malah drama yang memaparkan konflik dan

| Live TV