Featured By: Salma Syahbuddin September 30, 2023 @ 10:00am

Kongsi Video ‘Packing’ Baju Di TikTok, Che Ta Geram Anak Dituduh Tak Pandai Berdikari – “Mak Dia Pula Rajin Macam Mana”

Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta tampil berkongsi sebuah video pendek di TikTok menunjukkan dia sedang mengemas dan menyuai padankan baju milik anak lelakinya.

Menurutnya, setiap kali anak-anak atau keluarga ingin pergi melancong, dia akan menyiapkan segala keperluan termasuklah mengemas baju-baju yang akan digunakan sepanjang percutian.

“Setiap kali anak kami nak travel, memang kami akan siapkan baju. Settle!

“Biasalah, mak dia pula rajin macam mana kan? Ini untuk baju day 1, baju biru, seluar biru kita akan matching kan dengann kasut biru.

“Empat hari empat malam, empat baju, empat kasut. Selesai,” katanya.

Perkara itu dikongsi Che Ta selepas anak lelakinya, Ammar Affendy  membuat kenyataan bahawa ibunya itu tidak membenarkan anak-anaknya memakai selipar jika hendak keluar rumah sekaligus menolak dakwaan netizen yang mengatakan anaknya tidak pandai berdikari.

“Orang kata anak Che Ta tak independent ke? Eh, tidak. Kami buat apa yang kami patut buat lah, kemas baju anak-anak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Che Ta juga sempat menitipkan pesanan buat anak lelakinya agar memeilih isteri yang boleh menjaga penampilan mereka kelak.

“Semua mak akan bagi yang terbaik untuk anak-anak. Betul tak? Nanti hampa dah menikah pandai-pandailah cari bini yang boleh jaga hampa.

“Jangan nak menangis dekat aku kata bini buta warna,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 600,000 tontonan dan menerima lebih 26,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Rozita Che Wan Dedah Membesar Tak Pernah Pakai Selipar – “Pergi 7E Pun Pakai Kasut”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

‘PDRM, Jawab Soalan Saya’ – Eizlan Yusof Naik Angin?

Sebelum mengeluarkan kenyataan atau fakta, mereka mestilah membuat siasatan menyeluruh.

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Lufya Siap Sedia Buat ‘Come Back’

Maklum saja sudah dua tahun saya tidak berlakon dalam mana-mana drama kerana banyak memberi fokus kepada keluarga dan membesarkan anak.

Hiburan Fri, 11 Oct 2019
Hiburan Fri, 22 Mar 2019

Kekasih Cita Citata Usahawan Kaya Indonesia?

Beberapa kali putus cinta, akhirnya…

Featured Sat, 28 Sep 2019

Jenis tanaman hiasan yang sesuai untuk di tanam dalam rumah

Bukan sahaja cantik malah boleh menjadi penapis udara!

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Ooo…Ini Rupanya Sebab Kenapa Aiman Tino ‘Cuti’ Panjang

Aiman Tino tak mahu masalah jadi berpanjangan sebab itulah dia terpaksa berehat.

Trending Sat, 19 Jan 2019

Bayi Pramatang Lahir 17 Hari Selepas Kematian Kembar

Kuasa Tuhan, Bayi Pramatang Lahir 17 Hari Selepas Kematian Kembar