Asyik Pegang Perut, Betul Ke Neelofa Kini Hamil?

Kehadian selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor bersama suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail ketika menghadiri sebutan semula kes pendakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) begitu mencuri perhatian.

Ia selepas Neelofa dilihat seringkali memegang perutnya seolah-olah mengiyakan khabar angin bahawa beliau kini sedang berbadan dua.

Kredit foto: Mohd. Shahjehan Maamin

 

Kredit foto: Mohd. Shahjehan Maamin

 

 

Neelofa yang hadir di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini tampil memakai jubah berwarna kelabu juga dilihat sering dipimpin tangan oleh suaminya ketika berjalan.

Bagaimanapun, sehingga hari ini masih belum ada pengesahan rasmi yang dibuat oleh Neelofa mahupun Haris mengenai berita gembira tersebut.

Salma Syahbuddin