BKP RM500 Bakal Disalurkan Kepada Penerima Bermula…

Menerusi pakej PEMULIH, Bantuan Hilang Pekerjaan (BKP) bernilai RM500 akan disalurkan kepada mereka yang hilang punca pendapatan.

Menurut kenyataan terkini oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, YB Shahar Abdullah :

“Bantuan kehilangan pendapatan atau (BKP) sebanyak RM 500 kepada pekerjaan yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021 dengan implikasi kewangan sebanyak 500 juta ringgit pula dijangka disalurkan kepada penerima yang layak bermula Oktober kelak”.

Syarat Kelayakan / Cara Permohonan

Berdasarkan kenyataan di laman web Kementerian Kewangan (MOF), pemberian bantuan itu berdasarkan data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO pada 2021.

Seperti BKC, semakan silang akan dilakukan dan mereka yang kehilangan pekerjaan tidak perlu memohon.

Untuk mengetahui maklumat selanjutnya tentang semua pakej PEMULIH, sila rujuk laman web Kementerian Kewangan Malaysia di pautan ini:

http://belanjawan2021.treasury.gov.my/pdf/pemulih/infografik-pemulih.pdf

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”