Tindakan Tegas Tanpa Kompromi Buat Individu Terlibat Penularan Video & Mesej Lucah Babitkan Ebit Lew

Susulan penularan mesej dan video lucah menerusi aplikasi Telegram melibatkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL), polis Bukit Aman kini dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam, menggugat keharmonian negara dan menjejaskan siasatan,” katanya.

Tindakan tegas tanpa kompromi

Tambahnya lagi, pihak polis kini sedang menyiasat perkara tersebut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Malah, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Selain itu, individu yang menyebarkan semua maklumat tersebut juga akan dipanggil.

Aktivis diminta hormati siasatan

Sehubungan itu, orang ramai terutamanya aktivis supaya menghormati siasatan dijalankan polis ke atas pendakwah terkenal berkenaan.

“Kita mohon kepada semua pihak, walaupun mempunyai maklumat yang boleh membantu, tidak perlu disebarkan melalui media sosial. 

“Patuhilah undang-undang sedia ada kerana kita tidak mahu dengan kenyataan disebarkan akan mengganggu siasatan polis yang telah dijalankan dengan terperinci,” jelasnya.

Justeru itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes, diminta untuk menghantar terus kepada pihak polis.

ARTIKEL BERKAITAN : “Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa Dedah Aib Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN :“Harap Dia Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Saya & Orang Lain Yang Dianiaya… Tak Kisahlah Kita Pakai Baju Apa” – Caprice

ARTIKEL BERKAITAN :Bukti Baru Perbualan & Video S*ks  Didakwa Milik Ebit Lew Tersebar, Ini Respons Firdaus Wong

ARTIKEL BERKAITAN :“Saya Maafkan Sesiapa Saja Dengan…” – Netizen Terkejut Ebit Lew Terpalit Dakwaan Gangguan Seksual

ARTIKEL BERKAITAN :Dakwaan Gangguan Seksual: “Ini Satu Fitnah Yang Sangat Kejam & Melampau” – Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN :Rumah Ustaz Ebit Lew Digeledah, Polis Lengkapkan Siasatan

Salma Syahbuddin