“Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa Dedah Aib Ebit Lew

Isu video tular melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) mendapat perhatian warganet yang mempunyai pelbagai pandangan.

Terbaharu, sebuah video yang dikongsi oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong bersama penganalisis jenayah terkemuka, Kamal Affandi di laman Instagram yang membincangkan mengenai kesahihan video ‘deep fake’ telah mendapat perhatian ramai.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat isu ini wajar diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Malah, segala bukti yang dikeluarkan masih dalam siasatan pihak polis dan ada yang berpendapat tidak wajar untuk mana-mana pihak terus menjatuhkan hukuman secara membuta tuli.

Namun, ada pula berpandangan bahawa sekiranya perkara tersebut terbukti benar ia merupakan satu jenayah dan wajar bagi setiap individu untuk mencegah jenayah seksual secara berleluasa.

Walaubagaimanapun, kes masih dalam siasatan pihak polis.

Sehingga ke hari ini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh UEL berhubung perkara ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”