Penyanyi rap dan usahawan, Caprice memohon agar individu yang sebelum ini menganiaya dirinya dan orang laun untuk memohon maaf.
Tidak menyebut nama mana-mana individu, Caprice memuat naik tangkap layar artikel yang memaparkan fotonya bersama Ustaz Ebit Lew (UEL) di ruangan Instagram Stories.
Artikel yang diterbitkan oleh sebuah portal itu bertajuk “Caprice Tak Boleh Berdiam Lagi Dah, Selama Ni Satu Malaysia Kena Tipu.”
ARTIKEL BERKAITAN: “Hal Seperti Ini Seeloknya…” – Menteri Agama Buka Mulut Isu Caprice vs Ebit Lew
“Selepas semua ancaman bunuh, caci maki, ugutan serta bermacam lagi yang saya lalui. Caprice harap dia meminta maaf secara terbuka kepada saya dan orang lain yang dianiaya.
“Tak kisahlah kita pakai baju apa, manusia memang tidak boleh lari dari kesilapan. Caprice mendoakan agar dia dan kita semua sentiasa bertaubat. Allah sayang,” tulis penyanyi lagu Chikaro itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Caprice Tampil Mohon Maaf – “Apa Yang Berlaku Adalah Kesilapan Saya”
Kontroversi yang melibatkan UEL dan Caprice mula mendapat perhatian orang ramai semenjak Julai lalu apabila mereka melibatkan diri dalam misi kemanusiaan di Gaza dan ia turut melibatkan Nadir Al Nuri, seorang aktivis kemanusiaan Malaysia yang menetap di sana.
ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Fitnah Melampau Caprice & Nadir Al Nuri
Jangan lupa saksikan!
“Kalau nak komen pasal kes curang dalam rumah tangga, saya tidak layak,” - PU RIZ
Love the good vibes!
Semoga dipermudah segala urusan Irma dan anak-anak 🤲🏼