Kebenaran Rentas Negeri TIDAK Cetus Peningkatan Kes Jika… – KJ

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pada sidang dewan parlimen hari ini, sebarang lonjakan kes penularan jangkitan dalam kalangan masyarakat adalah berpunca daripada perkumpulan (congregation) atau perhimpunan.

Justeru itu, kebenaran pergerakan rentas negeri sekiranya liputan imunisasi mencapai 90 peratus dijangka tidak mengundang  peningkatan kes COVID-19.

“Betul, kalau dikira, 90 peratus liputan imunisasi dalam kalangan dewasa berkemungkinan mewakili sekitar 60 peratus saja jika dibandingkan dengan keseluruhan penduduk di Malaysia.

“Tetapi, kadar liputan imunisasi akan meningkat, susulan pemberian vaksin kepada golongan remaja yang giat dijalankan di seluruh negara ketika ini.

“Cuma, saya ingin tegaskan bahawa pergerakan rentas negeri saja tidak akan sebabkan peningkatan kes, tetapi ‘congregation’ (pengumpulan) yang mencetuskan penularan jangkitan.

Oleh itu, Khairy mengingatkan agar orang ramai sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang sebarang risiko lonjakan kes dalam negara.

 

Sumber: BH

Salma Syahbuddin