Pemandu bas ekspres di seluruh negara bakal menikmati durian runtuh apabila Kementerian Kewangan bersetuju memperuntukkan bantuan kewangan secara sekali beri (one-off) RM500.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, peruntukan RM3.3 juta itu membabitkan 6,600 penerima di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+).
“Proses penyaluran bantuan akan dilaksanakan dengan segera sebaik sahaja kementerian menerima dan agensi pelaksana menerima peruntukan itu,”
Sebagai makluman awal, syarat utama bagi menentukan kelayakan penerima bantuan yang akan ditetapkan kepada pemandu bas ekspres ialah;
Bagaimanapun, syarat-syarat kelayakan lain akan ditetapkan oleh kementerian bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak.
“Hanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali atau lesen atau permit kenderaan bas ekspres sah dengan APAD atau LPKP Negeri Sabah dan Sarawak yang layak memohon bantuan ini bagi pemandu bas ekspres mereka,” katanya.
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?