“Kita Tak Hidup Nak Sukakan Orang, Hanya Sukakan Allah” – Ebit Lew

Walaupun namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) dilihat tetap tenang dan masih mengunci mulut.

Baca artikel berkaitan: “Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa Dedah Aib Ebit Lew

Terbaharu, dalam satu hantaran video di laman Facebook miliknya, UEL kini dilihat meluangkan masa bercuti di Langkawi bersama keluarga tercinta.

UEL turut memuat naik beberapa keping foto bersama isteri tercinta beserta kapsyen

“Selalu sibuk. Beberapa hari ini dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan misi dan keluar di jalan Allah. Doakan ya. Hidup hanya hendak sukakan Allah iaitu untuk mendapat reda Allah.

“Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan. Doa kebaikan dan rahmat buat 8 bilion manusia seluruh alam,” tulisnya lagi.

UEL juga turut meluahkan rasa sayang dan penghargaan istimewa buat isterinya yang sanggup bersusah payah meneruskan hidup bersamanya dalam saat getir.

Menerusi ruangan komen rata-rata warganet dilihat sebak dengan ucapan UEL dan berharap agar beliau terus kuat menempuhi ujian.

Dalam pada itu, pihak polis hari ini mengeluarkan kenyataan agar orang ramai berhenti menyebarkan video dan mesej yang melibatkan pendakwah terkenal itu sebelum tindakan keras dikenakan.

Baca artikel berkaitan : Tindakan Tegas Tanpa Kompromi Buat Individu Terlibat Penularan Video & Mesej Lucah Babitkan Ebit Lew

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”