Boleh Balik Kampung Dalam Masa 2-3 Minggu Lagi

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Ismail Yaakob mengumumkan kerajaan akan membenarkan rentas negeri apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90% populasi dewasa.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pembukaan semula beberapa pusat pelancongan terkemuka.

Menerusi laman rasmi Twitter, beliau berkata, sasaran ini mampu dicapai dalam masa 2-3 minggu lagi.

“Saya percaya, ramai yang sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung berjumpa dengan keluarga setelah sekian lama. InsyaAllah, sasaran 90% ini dijangka dapat dicapai dalam masa 2-3 minggu sahaja lagi.

Malah kelonggaran yang bakal diberikan adalah kerana hasil usaha keras rakyat Malaysia dalam membendung penularan COVID-19.

“Kelonggaran yang kita kecapi hari ini adalah hasil pengorbanan kita bersama. Saya yakin, dengan adanya kelonggaran-kelonggaran ini, kita dapat mengembalikan kecemerlangan ekonomi negara tidak lama lagi.”

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dan patuh dengan SOP walaupun pelbagai kelonggaran telah diberikan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”