Awesome! Sham Visa Singkir 5 Penyanyi Bersuara Sumbang

Wow!

Program realiti hiburan #ICSYVMY nampaknya sudah membuka tirai untuk musim ketiga ini dengan menampilkan konsep yang lebih fresh. Kali ini, Yusry turut menjadi salah seorang penyiasat tetap bergandingan bersama Jihan Muse dan Mark Adam.

Gelagat artis jemputan buat penonton tak kering gusi

Sebagai artis undangan pada ICSYVMY minggu pertama ini, ramai nampaknya peminat dan penyokong beliau hadir memberikan sokongan buat penyanyi ini. Al-maklumlah, Sham kan diberi tanggungjawab untuk memilih siapakah agaknya penyanyi samaran yang bakal disingkirkan pada malam tersebut.

Manakala, Mira Filzah dan Ropie pula diundang sebagai panel penyiasat bagi membantu Yusry, Jihan dan Mark Adam.

View this post on Instagram

A post shared by TV9 Malaysia (@tv9malaysia) on

Mira Filzah pun kena perform jugak ke?

Wah, tak sangka Mira Filzah pun kena perform juga guys! Ternyata pelakon cantik manis ini bukan sahaja pandai berlakon, mengacara tetapi, lip sync pun pandai juga! Tak percaya, korang tengok ni.

 

Peserta pun not bad juga bawa karakter masing-masing eh?

Sama seperti musim sebelumnya, peserta ditugaskan untuk memberi komitmen yang tinggi terutamanya untuk membuatkan mereka susah untuk dikenal pasti sama ada sebagai penyanyi sebenar ataupun penyamar bersuara sumbang. 

 

Sham Visa akhirnya berjaya memilih penyanyi sebenar

Setelah berjaya meneka dengan betul, akhirnya Sham Visa berjaya menemukan penyanyi sebenar iaitu peserta bernama Syed Noh Aljeffri Syed Mahmud dan sempat menyanyi secara duet menerusi lagu popular kumpulan Visa berjudul Untukmu Sayang.

Ramai puji abang Sham Cool!

Rata-rata peminat program ini memuji cara Sham memilih dan meneka siapakah peserta yang tidak layak dan layak menjadi penyanyi sebenar. Malah, warganet juga turut memberi respon positif kepada format terbaru #ICSYVMY musim ketiga ini.

Pastikan jangan lupa temu janji anda untuk menyaksikan #ICSYVMY pada setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3. Atau boleh saksikan siaran secara langsung menerusi Youtube TV3 Malaysia dan LIVE TV di www.xtra.com.my.

Salma Syahbuddin