Categories: FeaturedGaya Hidup

Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung

Pelakon Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung, sekitar jam 4.00 pagi tadi.

Kematian suami kepada kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari itu dilaporkan oleh media Indonesia, Kompas.com. sebentar tadi.

Menurut Kompas.com. kematian pelakon berusia 40 tahun itu disahkan oleh pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi pesanan aplikasi WhatsApp kepada portal berita itu.

“Ia (benar meninggal dunia),” jawapan yang diberikan Doddy kepada portal berkenaan.

Sementara itu, @zonakalakkaro melaporkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir jam 3.40 pagi dan jenazahnya berada di Hospital Jakarta sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan.

Ashraf yang dilahirkan di Croydon, United Kingdom pada 18 September 1979 meninggalkan seorang anak, Noah Sinclair. 

Beliau yang memulakan kerjaya lakonan di Malaysia mengahwini Bunga Citra Lestari pada tahun 2008 dan berpindah ke Indonesia dengan meneruskan kerjaya lakonannya di sana.

Al-Fatihah.

 

Fadzlena Jafar