Awin “Queen Control?” Izzue Islam Tidak Kisah

Setiap kali melihat kelibat Izzue Islam dikaca TV, Awin akan sentiasa menemaninya bagi memastikan kerjaya suaminya itu berjalan dengan lancar. Walaupun nampak seperti di control, namun menurut izzue beliau tidak kisah sekiranya dirinya itu dikawal isteri. 

Menurut Izzue, dikawal isteri itu merupakan sesuatu yang baguskerana tugas beliau adalah sentiasa mengingatkan dan menegur mana yang baik atau buruk.

“Untuk pendapat saya, dikawal itu bagus. Tetapi, bergantung pada keadaan juga. Kalau dikawal ke arah positif, ia memang sangat patut dilakukan. Contohnya, kalau suami kuat boros, suka keluar malam, atau kaki lepak, keadaan sebegitu bagi saya memang patut isteri kawal jika ingin hidup bahagia.”Katanya

Bagi Izzue, beliau akan berkongsi setiap perkara bersama isterinya kerana mahu bersikap jujur. Bukan kerana terpaksa atau takut kepada isteri.

” Dengan kerjaya sebagai seorang selebriti, kejujuran adalah perkara utama dalamperhubungan suami isteri. Kerana itu, apa saja yang saya lakukan mesti akan beritahu isteri. Bukan kerana saya memang dikawal atau takutkan isteri, cuma tidak mahu timbul sebarang masalah di kemudian hari dalam rumah tangga kami.” Tambahnya

Jadi kepada netizen diluar sana, diharap selepas ini tidak ada lagi gosip mengatakan Awin queen control okay! Semua yang dilakukan oleh Awin adalah yang terbaik untuk kerjaya suaminya dan peminat. 

Salma Syahbuddin