Rai Ulang Tahun Ketiga…’Bersemut’ Ucapan Saharul Ridzwan Untuk Isteri

“Dari seorang, jadi dua dan sekarang bertiga,” luah pelakon Saharul Ridzwan yang bersyukur usia perkahwinannya kini menginjak tiga tahun.

Pelakon drama Remuk ini menulis ucapan romantis buat isteri tercinta, Deena Amir.

“Semoga saya terus menjadi nakhoda kapal untuk kita ke syurga. Fuh, ayat sweet semut- semut yang lain saya cakap depan-depan je lah,” tulisnya.

Dalam masa sama, Saharul berharap pengikutnya di Instagram mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan rumah tangga mereka agar kekal sehingga ke Jannah.

“Doa kalian utk kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangga kami lebih bermakna dari semut- semutitu. Semoga Allah makbulkan segala yang baik, dan jauhkan segala yang tidak baik. Amin,” akhirinya. 

Rata-rata pengikut Saharul mendoakan agar ikatan perkahwinannya dengan isteri terus kekal bahagia selamanya. Insha Allah!

Saharul Ridzwan dan Qabilaa Deena Emir Mohamad Akif Emir sah bergelar suami isteri pada 16 September 2016 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Luth Ali.

SGMS Faida