Categories: LIFESTYLE

Antara Masalah Kesihatan Akibat Jerebu!

Pecemaran udara boleh terjadi dari pelbagai aspek. Buat Malaysia, jerebu diantara pencemaran udara yang saban kali akan dialami setiap tahun hingga menjejaskan kesihatan mahupun seisi persekolahan. Udara yang tercemar boleh mengakibatkan beberapa penyakit atau masalah kesihatan.

Baca :Ketahui Punca Jerebu Yang Makin Berleluasa

Masalah ini bakal dialami oleh semua tidak kira usia tua atau muda. Untuk kanak-kanak atau bayi mungkin kena lebih berhati-hati terutama apabila berada di luar rumah. Artikel  yang dikongsi sedikit sebanyak memberi gambaran yang jerebu boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan berisiko, ikuti perkongsian oleh Hello Doktor

  • Kerengsaan atau iritasi pada bahagian badan yang terdedah kepada cuaca berjerebu, seperti kepedihan mata, hidung berair, bersin dan sakit tekak
  • Masalah kulit akan bertambah teruk
  • Menjejaskan jantung dan paru-paru, khususnya kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung atau paru-paru, asma, COPD atau kegagalan jantung
  • Individu yang tinggal di kawasan yang terdedah dengan cuaca ini bagi tempoh yang panjang adalah berisiko untuk mendapat penyakit jantung seperti serangan jantung, masalah fungsi paru-paru serta berkemungkinan mengalami masalah pernafasan kronik seperti asma bagi kanak-kanak
  • Umumnya, kanak-kanak, individu lebih berusia dan mereka yang mempunyai penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung adalah lebih sensitif kepada kesan cuaca ‘berasap’ ini
  • Wanita yang sedang hamil adalah amat disarankan untuk mengurangkan pendedahan kepada jerebu demi kesihatan bayi dalam kandungan

Jadi, musim-musim berjerebu ini, perbanyakanlah aktiviti dalam rumah atau di kawasan tertutup. Elakkan daripada membuat pembakaran terbuka. Cukuplah dengan ‘asap’ yang ada, tidak perlulah anda memburukkan lagi keadaan, okay?

Sumber: Hello Doktor

SGMS Enal