Ayda Jebat Nafi Berkahwin Sebab Harta – “Isteri Tak Boleh Bergantung Pada Duit Suami Semata”

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, 30, menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia berkahwin dengan suaminya, Nabil Mahir, 34, untuk mengejar kekayaan.

Menurut pemilik nama Nur Suhada Jebat ini, isteri tidak boleh terlalu berharap dengan duit suami semata-mata.

“Saya bukanlah seorang wanita yang memandang harta. Benar, Nabil ada memberi nafkah kepada saya, tetapi bagi saya, kita tidak boleh terlalu bergantung pada duit suami semata-mata.

“Apa yang saya nak, saya beli sendiri. Nabil juga sangat kenal dengan saya yang tidak suka meminta-minta, walhal dia sering tanya kenapa tak minta sahaja daripadanya.

“Saya selesa dengan cara begini. Kalau saya beli barang, saya anggap sahaja yang ia merupakan rewards kepada diri sendiri. Cukuplah Nabil dah beri saya kasih sayang dan perhatian,” jelasnya lagi.

Meninjau di Instagram milik selebriti ini, Ayda baru sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul ‘Tak Bisa Lepas’ yang ditulis dan dirakamkan sekitar tahun lalu.

Jelas Ayda, lagu ini mengisahkan perjalanan hidup pasangan sejoli ini dari saat pertama kali mereka berkenalan dalam menyelami isi hati hingga ke jinjang pelamin.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021, hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ana Nayla hampir mencecah setahun pada 21 September ini.

Sumber: Gempak

Aqilah Paharuzi