“Individu Mirip Pelakon Cilik On*ni Bukan Anak Saya!” – Bapa Adam Mika Buat Laporan Polis

Sejak beberapa hari lalu, tular sebuah video mirip pelakon cilik popular yang didakwa sedang melakukan perbuatan lucah dan merakamkannya.

Namun, ia bukanlah milik pelakon Adam Mika seperti yang digembar-gemburkan kerana menurut bapanya, susun atur perabot menerusi video berkenaan sangat berbeza dengan dekorasi kediamannya.

Bapa pelakon cilik yang dikenali sebagai Nik Mohd Adli itu bagaimanapun menjelaskan, anaknya itu tidak memiliki atau mengendalikan sebarang akaun media sosial.

“Ruang rumah kami bukan macam itu. Adam ada kerusi gaming tapi bukan macam tu.

“Malah, yang dalam video tersebut bukan rumah saya kerana rumah saya jenis banglo manakala rumah tersebut seperti rumah kampung.

“Bukan itu sahaja, saya memang tak bagi Adam Mika menggunakan telefon bimbit, iPad mahupun laptop. Dan memang dia tak ada media sosial,” katanya.

Sementara itu, Nik Mohd Adli berkata, timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat kerana individu tersebut dikatakan memiliki rupa paras seperti anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Video Mirip Pelakon Cilik Didakwa Beron*ni?

Memetik laporan mStar, sejak isu tersebut tular, dia ada memukul anaknya itu untuk mendapatkan kepastian, namun Adam Mika tidak tahu langsung mengenai perkara terbabit sehinggalah dimaklumkan sendiri olehnya.

“Bercakap pasal emosi, dia tak tahu langsung pasal benda ni. Segala-galanya adalah melalui saya terlebih dahulu kerana segala sosial media saya yang pegang.

“Semalam selepas mengetahui mengenai video tersebut, saya pukul dia. Tapi dalam masa yang sama, saya ada bertanyakan tentang hal ini dan dia tak tahu apa-apa,” jelasnya.

Justeru itu, tidak mahu isu ini berlarutan sehingga menjejaskan nama baik keluarga dan anaknya itu, Nik Mohd Adli telahpun membuat laporan polis dan berharap ia dapat dijadikan pengajaran dan pelajaran pada masa akan datang.

Malah, sebagai seorang bapa, dia sama sekali tidak menolak sebarang kemungkinan jika Adam membuat keputusan untuk menarik diri dari dunia lakonan pada masa akan datang.

“Bagi saya perkara ini menjatuhkan maruah saya dan keluarga saya.

“Laporan polis telahpun dibuat bagi menjernihkan keadaan. Saya tidak kisah akan rezeki kerana ia datang dari Allah dan bukannya manusia atau peminat,” kongsinya.

 

Sumber: Mstar

Salma Syahbuddin