Ayie Floor88 Kecewa Pinjaman Kereta Tak Lulus, Rupa-Rupanya..

Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie terkejut apabila menerima kejutan hadiah berupa sebuah kereta Perodua Ativa daripada isteri tersayang, Tasha Awie sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

Memetik laporan mStar, Ayie atau nama sebenar Nik Fadhlee Elhamshah, 25, sudah lama berhasrat untuk memiliki kenderaan lebih besar yang sesuai dengan kehadiran cahaya mata sulung.

Menurutnya, dia kecewa pinjaman kenderaan yang dimohon sebelum ini tidak diluluskan.

“Saya berasa kecewa setelah diberitahu bahawa pinjaman kereta tidak diluluskan. Mula-mula fikir macam tak percaya juga kerana rasanya semua tidak ada masalah.

“Tetapi dalam masa sama saya reda sekiranya belum ada rezeki untuk menukar kereta baharu,” katanya.

Rupa-rupanya, isteri sudah sepakat dengan penjual kereta untuk memaklumkan bahawa pinjaman bank tidak diluluskan dan urusan deposit diuruskan olehnya sendiri.

“Saya betul-betul tak sangka isteri saya buat kejutan dengan memberikan hadiah istimewa ini.

“Hampir sahaja saya berputus asa dan menganggap sudah tidak ada rezeki untuk membeli kereta baharu, tiba-tiba isteri pula buat kejutan,” ujarnya.

Tambah penyanyi lagu Hutang ini, dia mengakui rezeki sejak berumah tangga semakin mencurah-curah termasuk hadiah kereta tersebut.

“Ini rezeki anak dan isteri saya. Terima Kasih isteriku atas surprise hadiah hari jadi ini. Semoga kita diberikan kebahagiaan, rezeki kita semakin bertambah,” tulis Ayie di Instagramnya.

Untuk rekod, Ayie dan Tasha mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan cahaya mata pada 23 Julai 2022 yang diberi nama Nayla Amanda.

Sumber: mStar

Maya Basir