Azhar Sulaiman Ulas Isu Puteri Balqis, Netizen Sindir Minta Tegur Anak Sendiri Dulu

Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman memberi pandangannya mengenai isu pelakon remaja, Puteri Balqis yang mendakwa mengalami peristiwa ngeri akibat perbuatan buruk bapa kandungnya.

Namun begitu, tindakan Azhar diselar oleh segelintir warganet gara-gara memuat naik beberapa pandangannya di akaun Instagram dan Facebook.

“Azhar Sulaiman sibuk si*l nak komen pasal Balqis. Jaga anak kau tu dulu cakap bahasa Melayu pun tak reti,” ciap seorang pengguna Twitter.

Timbul juga pertikaian warganet tidak bersetuju dengan enam pendapat yang dilontarkan olehnya mengenai isu Balqis dan mempersoalkan semula pendapatnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Diserang Netizen Gara-Gara Bapa ‘Tegur’ Puteri Balqis, Anak Azhar Sulaiman Tampil Bersuara – “Kami Tak Sependapat!”

Susulan itu, warganet meminta untuk pelakon tersebut mendidik dan menegur anaknya terlebih dahulu yang didakwa lebih teruk berbanding Balqis.

       

Atiqah Johari