Selamat Hari Jadi yang ke 33 tahun buat penyanyi Azharina Azhar! Pelantun lagu ‘Seandainya’ ini kini berada di Bali selama seminggu untuk menyambut ulangtahun bersama teman-teman rapatnya. Wow, syoknya…

Ibu kepada Rahmat Azharin Azhar Abdullah dan Refha Azharin Azhar yang baru saja tampil dengan single terbaru ‘Cinta Terbagi Dua’ ini memberitahu beliau mengimpikan untuk menempatkan diri sebagai finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 33 nanti.

“ Sempena Hari Jadi ke 33 ini, Nina teringin beraksi di pentas AJL ke 33. Siapa tahu kan tuah angka ke 33 tahun ini menyebelahi Nina tahun ini,” tulisnya menerusi kiriman WhatsApp kepada Xtra.com.

Single Cinta Terbagi Dua ciptaan Julfekar dan Min Yasmin ini sudah mula diputarkan di radio tempatan sejak Januari lalu.

“ Alhamdulillah, respon positif diterima selepas lagu ini dimainkan di corong radio.  Terharu dan bersyukur! Semoga lagu ini dapat mengulangi fenomena lagu terdahulu, Elergi Sepi yang cukup dekat di hati peminat,” katanya.

Dalam pada itu, Azharina bakal membuat persembahan di Sabah bersempena Konsert Pesona pada 17 Mac ini seterusnya di Dataran Pahlawan Melaka pada 24 Mac ini. So peminat beliau yang rindu nak tengok Nina beraksi di pentas, jangan lupa datang ok?

Apapun, Selamat Hari Jadi, Nina. Semoga terus sukses dalam kehidupan!

SGMS Faida