Siti Sarah Berhijab Diejek Netizen?

Isu Siti Sarah diejek ketika memakai hijab tercetus apabila suaminya, Shuib memuat naik gambar dilaman instagram beliau. Gambar yang menunjukkan Siti Sarah memakai hijab sambil memangku anaknya itu rata-rata mengundang pelbagai komen dari netizen dan followers Shuib yang menegur bahawa dahi Siti Sarah kelihatan agak luas apabila memakai hijab.

Namun, komen yang dilemparkan oleh netizen dibalas secara baik oleh Siti Sarah apabila beliau sendiri membalas diruangan komen instagram suaminya itu.

Menurut Sarah, sebelum ini pun beliau pernah dihina oleh orang ramai sehingga mengguris hati dan perasaan beliau apabila memuat naik gambar lamanya. Namun, mengambil keputusan agar tidak mempedulikan segala kritikan yang dirasakan sangat kurang cerdik itu.

Keputusan bijak yang dilakukan beliau ini nampaknya patut dicontohi oleh mana-mana artis yang sering dihinggapi dengan pelbagai kritikan dan kecaman dari netizen. Dan buat Siti Sarah, walaupun dikecam kerana berdahi luas, Sarah tetap kelihatan manis apabila mengenakan hijab. 

 

 

Salma Syahbuddin