Categories: HiburanSelebriti

Azwan & Ezzaty Kini Bergelar Ibu Bapa

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang kini sudah bergelar ibu bapa apabila anak sulung mereka selamat dilahirkan kira-kira pukul 10.27 malam Rabu. 

Azwan yang merupakan seorang pelakon ketika dihubungi memberitahu isterinya itu melahirkan cahaya mata perempuan di Pusat Perubatan Pusrawi, Kuala Lumpur. 

“Alhamdulillah, Ezzaty selamat melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram dan keadaan ibu serta anak sihat. Setelah 48 jam mengalami kontraksi bersalin, akhirnya bayi tersebut selamat dilahirkan secara normal. 

“Insya-Allah, Ezzaty mungkin dibenarkan keluar dari hospital esok dan berpantang di rumah kami di Shah Alam,” katanya. 

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri ‘Mak Cun’ ini memberitahu sudah mempunyai nama untuk bayi mereka ini. Bagaimanapun, dia hanya akan berkongsi nama tersebut setelah tujuh hari kelahiran bayinya. 

“Nama dah ada dah! Tapi Ezzaty minta rahsiakan dahulu. Tunggu baby dah masuk hari ketujuh baru kami kongsikan nama. Apa yang penting, nama yang diberi bermaksud baik-baik dan mudah untuk diingati,” ujarnya. 

Sementara itu, Azwan mengakui melalui pengalaman baharu apabila melihat isterinya bertarung nyawa dalam bilik bersalin.

SGMS Enal