Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

Kenali Baka Musang King Yang Asli

Durian Musang King adalah gred durian paling terkenal di Malaysia. Juga terkenal sebagai nama Raja Kunyit buah ini kadang kala di jadikan umpan para peniaga untuk meraih untung yang tinggi. mempunyai isi berwarna kuning pekat seakan serbuk kunyit. durinya pula bersegi, pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa sangat jelas pada kulit. Penolong Pengarah BahagianHortikultur Jabatan Pertanian Serdang Mohd Auzaie Komarudinberkata ini merupakan antara ciri-ciri utama durian D197 yang didaftarkan di JabatanPertanian pada 1993.

Tambah Mohd Auzaie lagi, masyarakat cina malaysia sangat gemar menggelarkan raja buah ini sebagai Mao Shan Wang, yang membawa maksud raja kucing gunung iaitu merujuk rupa bentuk isi durian yg mirip posisi seekor kucing tidur.

“Panggilan itu terus digunakan secara meluas sehingga perkataan ‘Mao Shan’ ditukar kepada sebutan Musang dan ‘Wang’ ditukar kepada King sehingga dikenali sebagai Musang King hingga kini,” katanya

Beliau mengingatkan kepada penggemar buah ini agar berhati-hati dalam membeli durian Musang King ini supaya tidak ditipu oleh penjual memandangkan harga pasaran yang amat tinggi.

“Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan bintang pada bawah buahnya,” jelasnya lagi.

Menurut Mohd Auzaie, isi durian ini lebih tebal dan ditambah rasa lemak yang sedikit pahit dan bijinya pula kecil sahaja berbanding durian yang lain.

“Musang King cukup diminati penggemar durian sehingga dijual agak mahal bermula RM50 sekilogram di pasaran atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada jenis durian yang lain,” katanya lagi.

Beliau juga kesal apabila ada lagi penjual yang mengaut untung mudah dengan menjual baka durian lain tetapi mendakwa itu adalah baka Musang King.

SGMS Enal