Azzam Sham, Sheryl Shazwani Selamat Timang Bayi Sulung

Pasangan penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwani selamat menyambut bayi sulung mereka semalam.

Menerusi muat naik di Instastory, Azzam memuat naik foto bayi dengan menyatakan isterinya selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan pada Ahad jam 9.45 malam di sebuah hospital di Petaling Jaya.

“Alhamdulillah Sheryl selamat melahirkan anak sulung kami.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan, maaf kalau ada yang Azzam tak sempat reply DM,” ujarnya.

Memetik laporan mStar pula, Azzam meluahkan rasa gembira apabila berpeluang menyaksikan proses pembedahan dan menganggap ia adalah atu pengalaman yang takkan dilupakan.

“Sebenarnya masih terkejut lagi sekarang ini. Dalam masa sama saya amat gembira.

“Saya dapat masuk ke bilik pembedahan bersama isteri. Melihat doktor menyambut anak kami, mendengar bayi menangis adalah satu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Ia satu yang sangat berharga buat saya,” luahnya.

Untuk info, pasangan penyanyi ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya.

Khairil Khusyairi