Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 6, 2022 @ 2:57pm

Baby Shima Jawab Isu Berpakaian Seksi – “Saya Tak Pernah Tayang L*rah Dada Tetapi Tetap Dimaki”

Penyanyi sensasi, Baby Shima menegaskan dirinya tidak pernah mencipta kontroversi sebaliknya hanya buat apa yang disukainya di laman sosial.

Shima berkata dia tidak boleh lari daripada kecaman netizen kerana apa sahaja yang dilakukannya sering mendapat perhatian.

“Apapun yang Shima buat pasti orang akan bercerita. Sebagai seorang artis, saya tak boleh lari daripada kecaman.

“Bagi saya, sosial media ini akan buat apa saja yang saya suka. Macam saya suka menari, jadi saya menari saja. Saya rasa tarian saya itu biasa saja tapi orang tetap kecam.

“Jadi bila muncul banyak kecaman itu, orang lain pun turut serta kecam. Dari situ saya tak pernah cipta apa-apa hanya untuk mengundang kecaman. Sebab saya enjoy dengan apa yang saya buat,” katanya kepada XTRA.

Disoal mengenai namanya sering menjadi bualan hangat netizen apabila memuat naik foto atau videonya yang kelihatan seksi.

Pelantun lagu Lalai itu berkata dia menyedari ramai lagi selebriti yang berpakaian lebih seksi berbanding dirinya tetapi masih menerima pujian.

“Saya ada perasan juga ada beberapa artis yang pakai lebih seksi daripada saya, tayang dada, punggung dan tayang sampai nampak seluar dalam tetapi netizen menyokong pula.

“Saya tak pernah tanyang lurah dada, punggung tetapi saya dimaki hamun. Tapi tak apa, saya okay dan masih bersabar,” ujarnya.

Baby Shima ditemui ketika majlis pra tonton dan sidang media filem terbaharu lakonannya berjudul Biko di GSC The Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu.

Biko arahan Teng Bee juga turut menampilakn Azrel Ismail, Sara Ali, Syed Irfan dan Josiah Hogan akan ditayangkan bermula 13 Oktober di pawagam seluruh negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Jan 2019

“Tak Mampu Nak Bayar” Punca Iqram Dinzly Diisytihar Muflis

Semoga berita ini memberi pengajaran buat golongan artis diluar sana okay!

Trending Thu, 27 Dec 2018

OMG! Pantai Samila Bergegar Terkena Bom

Alhamdulillah…tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Hiburan Wed, 5 Mar 2025
Trending Sun, 7 Jan 2024

Dalam Tempoh 5 Bulan, Kawasan Hijau di Makkah Bertambah 600%

Wahh… dahulu tandus, kini makin subur!

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Featured Tue, 13 Sep 2022

Syukur Konsert Faztival Dapat Sambutan Hangat, Fazura Raih 2 Pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Tahniah Fazura!!! Dengar kata akan ada next Faztival Fazura 😍🔥

Trending Fri, 20 Apr 2018

Bawang Punya Pasal, Lelaki Dipenjara Tiga Hari

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahaman Sukuler, 28, yang juga warganegara India selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Panas! Gadis Istimewa Ini Beri Ucapan Hari Lahir Buat Kamal Adli

Gadis istimewa ini telah memuatnaik gambar mereka berdua, bersama caption yang boleh buat anda semua cair!

error: Content is protected !!